5.1 KAWALAN HIDRAULIK
Ø  Berkembang pesat sekitar tahun
1795.
Ø  Hidraulik dari perkataan dalam
bahasa Greek “hydro” yang bermaksud air yang membawa maksud bendalir bertekanan
yang digunakan untuk memindahkan tenaga, mengawal daya dan mengawal pergerakan.
Ø  Sistem kuasa hidraulik
digunakan secara meluas dalam bidang industri untuk menjalankan pelbagai tugas.
Ø  Ia menggunakan bendalir  (minyak) bagi memindahkan kuasa dari satu
tempat ke tempat yang lain.
Ø  Sistem hidraulik digunakan
dalam pelbagai tujuan seperti;
·        
Jek hidraulik untuk mengangkat barang yang berat
·        
Mesin tekan hidraulik untuk menarik dan memampatkan bahan
·        
Mesin kawalan automatik untuk mencengkam benda kerja
·        
Jentolak untuk menolak benda yang berat
·        
Kren, brek kereta dan sebagainya
Prinsip Daya (F), Tekanan (p), Kerja (W) dan Kuasa (P)
Ø  Daya, tekanan, kerja dan kuasa
amat penting bagi menentukan kecekapan kendalian kawalan hidarulik.
Ø  Hukum Pascal dibuktikan oleh
Pascal dalam ujikajinya (1623-1662)
Ø  Hukum ini menyatakan tekanan
pada bendalir statik di dalam bekas mempunyai ciri-ciri;
·        
Tekanan bertindak serenjang (tegak lurus) dengan dinding.
·        
Tekanan pada mana-mana titik dalam bendalir adalah sama pada semua arah.
·        
Tekanan yang dikenakan dalam bekas tertutup dihantar seragam pada semua
bahagian lain.
DAYA (F)
Ø  Daya dan tekanan saling
berkaitan dalam menentukan keupayaan hidraulik.
Ø  Daya (F) dihitung dengan
mengabungkan unsur tekanan (p) dan
luas (A).
| 
     
F = p
    x A 
 | 
   
| 
     
p =Tekanan (N/m²) 
F = Daya (N) 
A = Luas muka keratan (m²) 
 | 
   
| 
     
F(Newton)               =  p
    (Pascal)  x  A (meter persegi) 
                [ N]          =  [ Pa ] 
    x  [ m² ] 
                                = 
    N/m² x m² 
                                = 
    N 
 | 
   
TEKANAN (p)
Ø  Tekanan (p) ialah perlakuan menekan sesuatu objek.
Ø  Tekanan adalah daya (F) yang
dikenakan ke atas sesuatu objek per unit luas (A). 
| 
     
p (Pascal)                =  F(Newton) / A (meter persegi) 
                                = 
    N/m²  
                                = 
    kg/ms² 
 | 
   
| 
     
 F(Newton)             =  ma                       dimana; 
                                = 
    kgms־²                 F = daya 
=  kg/ms²                 m
    = jisim 
                                a =  pecutan 
 | 
   
Ø  Tekanan dalam sistem
berkurangan disebabkan oleh faktor luas, geseran, jarak dan kelikatan bendalir
yang boleh berlaku dalam keadaan berikut;
·        
Paip yang terlalu kecil
·        
Paip yang terlalu panjang
·        
Terlalu banyak penyambungan
·        
Terlalu banyak pembengkokan
·        
Kelikatan bendalir yang keterlaluan
Kerja (W)
Ø  Kerja(W)
dilakukan apabila daya (F) dikenakan pada objek, dan menyebabkan objek itu
bergerak ke arah selari dengan arah yang dikenakan pada jarak (d).
Ø  Daya dan
jarak menentukan ukuran pencapaian sesuatu kerja
| 
     
Kerja
    (W)         =  Daya (F) x Jarak (d) 
W
    (Nm)           =  F (N) x d (m) 
=  Newton x meter 
= Nm
    (Joule) 
 | 
   
Kuasa (P)
Ø  Kuasa (P)
ialah kerja yang dilakukan dalam tempoh masa tertentu.
Ø  Unit bagi
kuasa ialah Newton meter persaat atau Watt
| 
     
Kuasa
    (P)        =  kerja dilakukan (W) / masa yang diambil
    (t) 
W
    (Nm)           =  Newton meter x saat 
=  (Nm) / (s) 
=  Watt 
 | 
   
KELEBIHAN KAWALAN HIDRAULIK
Sistem
kawalan hidraulik digunakan secara meluas kerana;
·        
Mampu melakukan kerja berat
·        
Pergerakan beban adalah berterusan dan lancar
·        
Pertukaran arah gerakanbeban mudah dikawal
·        
Kawalan jarak jauh dapat dilakukan dengan menggunakan kawalan elektrik (solenoid)
SIFAT BENDALIR HIDRAULIK
Ø  Ia merupakan merupakan medium
yang digunakan untuk memindahkan kuasa dari pam ke silinder.
Ø  Bendalir hidraulik diperbuat
daripada minyak berasaskan petroleum.
Ø  Bendalir ini perlu ditukar
setelah lama digunakan kerana sifat asalnya mungkin merosot.
Ø  Bendalir hidraulik adalah
bersifat;
·        
Bertindak sebagai pelincir
·        
Tidak merosot dalam jangka masa yang panjang
·        
Membantu mencegah kakisan
·        
Tidak menyerap udara
No comments:
Post a Comment