Tuesday 18 March 2014


5.1 KAWALAN HIDRAULIK
Ø  Berkembang pesat sekitar tahun 1795.
Ø  Hidraulik dari perkataan dalam bahasa Greek “hydro” yang bermaksud air yang membawa maksud bendalir bertekanan yang digunakan untuk memindahkan tenaga, mengawal daya dan mengawal pergerakan.
Ø  Sistem kuasa hidraulik digunakan secara meluas dalam bidang industri untuk menjalankan pelbagai tugas.
Ø  Ia menggunakan bendalir  (minyak) bagi memindahkan kuasa dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ø  Sistem hidraulik digunakan dalam pelbagai tujuan seperti;
·         Jek hidraulik untuk mengangkat barang yang berat
·         Mesin tekan hidraulik untuk menarik dan memampatkan bahan
·         Mesin kawalan automatik untuk mencengkam benda kerja
·         Jentolak untuk menolak benda yang berat
·         Kren, brek kereta dan sebagainya

Prinsip Daya (F), Tekanan (p), Kerja (W) dan Kuasa (P)
Ø  Daya, tekanan, kerja dan kuasa amat penting bagi menentukan kecekapan kendalian kawalan hidarulik.
Ø  Hukum Pascal dibuktikan oleh Pascal dalam ujikajinya (1623-1662)
Ø  Hukum ini menyatakan tekanan pada bendalir statik di dalam bekas mempunyai ciri-ciri;
·         Tekanan bertindak serenjang (tegak lurus) dengan dinding.
·         Tekanan pada mana-mana titik dalam bendalir adalah sama pada semua arah.
·         Tekanan yang dikenakan dalam bekas tertutup dihantar seragam pada semua bahagian lain.
           
DAYA (F)
Ø  Daya dan tekanan saling berkaitan dalam menentukan keupayaan hidraulik.
Ø  Daya (F) dihitung dengan mengabungkan unsur tekanan (p) dan luas (A).
               
F = p x A
p =Tekanan (N/m²)
F = Daya (N)
A = Luas muka keratan (m²)
F(Newton)               =  p (Pascal)  x  A (meter persegi)
                [ N]          =  [ Pa ]  x  [ m² ]
                                =  N/m² x m²
                                =  N
 





TEKANAN (p)
Ø  Tekanan (p) ialah perlakuan menekan sesuatu objek.
Ø  Tekanan adalah daya (F) yang dikenakan ke atas sesuatu objek per unit luas (A).


p (Pascal)                =  F(Newton) / A (meter persegi)
                                =  N/m²
                                =  kg/ms²


 F(Newton)             =  ma                       dimana;
                                =  kgms־²                 F = daya
=  kg/ms²                 m = jisim
                                a =  pecutan


 





Ø  Tekanan dalam sistem berkurangan disebabkan oleh faktor luas, geseran, jarak dan kelikatan bendalir yang boleh berlaku dalam keadaan berikut;
·         Paip yang terlalu kecil
·         Paip yang terlalu panjang
·         Terlalu banyak penyambungan
·         Terlalu banyak pembengkokan
·         Kelikatan bendalir yang keterlaluan


Kerja (W)
Ø  Kerja(W) dilakukan apabila daya (F) dikenakan pada objek, dan menyebabkan objek itu bergerak ke arah selari dengan arah yang dikenakan pada jarak (d).
Ø  Daya dan jarak menentukan ukuran pencapaian sesuatu kerja
Kerja (W)         =  Daya (F) x Jarak (d)
W (Nm)           =  F (N) x d (m)
=  Newton x meter
= Nm (Joule)


 






Kuasa (P)
Ø  Kuasa (P) ialah kerja yang dilakukan dalam tempoh masa tertentu.
Ø  Unit bagi kuasa ialah Newton meter persaat atau Watt
Kuasa (P)        =  kerja dilakukan (W) / masa yang diambil (t)
W (Nm)           =  Newton meter x saat
=  (Nm) / (s)
=  Watt


 




KELEBIHAN KAWALAN HIDRAULIK

Sistem kawalan hidraulik digunakan secara meluas kerana;
·         Mampu melakukan kerja berat
·         Pergerakan beban adalah berterusan dan lancar
·         Pertukaran arah gerakanbeban mudah dikawal
·         Kawalan jarak jauh dapat dilakukan dengan menggunakan kawalan elektrik (solenoid)

SIFAT BENDALIR HIDRAULIK
Ø  Ia merupakan merupakan medium yang digunakan untuk memindahkan kuasa dari pam ke silinder.
Ø  Bendalir hidraulik diperbuat daripada minyak berasaskan petroleum.
Ø  Bendalir ini perlu ditukar setelah lama digunakan kerana sifat asalnya mungkin merosot.
Ø  Bendalir hidraulik adalah bersifat;
·         Bertindak sebagai pelincir
·         Tidak merosot dalam jangka masa yang panjang
·         Membantu mencegah kakisan
·         Tidak menyerap udara


No comments:

Post a Comment