TINGKATAN 5 BAB 2 KERTAS 3


CONTOH KERTAS 3

BAB 2: NASIONALISME MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Pengenalan ms 28-29

Nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan mereka didorong oleh hasrat unuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah di Malaysia, penentangan terhadap
British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke -19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke 20.

Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British berlaku sejak kedatangan kuasa British bertujuan memelihara hak maruah  daripada pencerobohan kuasa Barat. Kebangkitan peringkat awal dipimpin oleh pembesar tempatan seperti Dol Said, Dato’Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong & lain-lain.
Penentangan pada tahap awal bersifat setempat kemudian berkembang menyeluruh pada awal kurun ke -20.

Sebab-sebab/ Faktor-faktor Penentangan
 ms 30-31

a) Dasar penaklukan British:
· British telah berusaha mengukuhkan pengaruh politik melalui pelbagai tindakan 
. Contohnya: pengenalan peraturan cukai baru atau pembayaran ufti 
b) Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
· Perjanjian dengan pemimpi tempatan bertujuan utk menguasai kegiatan ekonomi 
. Saudagar dari Negeri2 Selat melabur dalam kegiatan perlombongan bijih timah di Tnh Melayu 
c) Pelaksanaan sistem pentadbiran Barat
· Pelaksanaa sistem cukai baru, undang2 Barat, dan peraturan tnh baru bertujuan mengeksplotassi ekonomi Tnh Melayu 
. Syarat2 pembukaan tnh baru tealh menimbulkan penentangan penduduk di Terengganu 
d) Campur tangan British dalam adat resam tempatan
. Pihak British mencampuri adat resam tempatan serta memaksa penduduk tempatan menerima nilai2 Barat   
e) Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
· Pembesar tempatan kehilangan pengaruh di kalangan penduduk 
. Pembesar kehilangan kuasa dalam bidang pentadbiran, perundangan, ekonomi & sosial
f) Kesulitan penduduk tempatan 
· Penduduk tidak bebas & sengsaa akibat peraturan baru yg diperkenalkan oleh pihak British 
.Kesetiaan penduduk kpd pembesar tempatan menyebabkan mereka bersatu untuk menentang penjajah

Faktor –faktor pemangkin nasionalisme ms 45-49
a) Pengenalan sistem politik Barat: 
- British mengambil alih pentadbiran tempatan
b) Perkembangan sistem pendidikan: 
- pendidikan Inggeris & vernakular menyedarkan bangsa Melayu 
c) Dasar British 
- Dasar perdangangan bebas menggalakan kemasukan imigran ke Tnh Melayu 
- Penguasaan ekonomi tempatan oleh imigran menyebabkan berlaku jurang taraf hidup
dengan penduduk tempatan 
d) Penduddukan Jepun 
- Slogan Kawasan Kesemakmuran Asia gagal dilaksanakan sepenuhnya
- Pendudukn menderita kerana kekurangan makanan dan kezaliman pemerintahan Jepun 
e) Gerakan Pan- Islamisme Sedunia 
- gerakan yang memperjuangan ajaran Islam yang sebenar
- membangkitkan pemahaman yang lebih progresif menentang penjajahan Barat ke atas  negara-negara Islam
f) Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) 
- Penguasaan PKM ke atas Tnh Melayu selama 14 hari pada thn 1945 dgn melakukan kekejaman seperti membunuh, membakar rumah & menangkap mereka yang dianggap penyokong Jepun telah menyedarkan orang-orang Melayu bahawa negara ini perlu bebas daripada sebarang penjajahan
- Peristiwa ini telah menimbulkan konflik perkauman
g) Kemunculan mesin cetak 
- Idea2 perjuangan menentang penjajah dapat disebarluaskan untuk pengetahuan masyarakat dengan kemunculan alat cerak - Bahan2 bacaan seperti akhbar, majalah, buku & kitab2 agama dapat dicetak dgn byk dgn kos yg lebih murah
h) Kesedaran politik serantau 
- Gerakan nasionalisme di Indonesia memberi kesan kepada kebangkitan nasionalisme di Tnh Melayu kerana persamaan dari segi budaya dan geografi
- Banyak karya penulis Indonesia tersebar luas di Tnh Melayu telah mencertuskan idea nasionalisme kepada masyarakat tempatan



Peranan akhbar, majalah dan novel dalam menggerak semangat nasionalisme
Ms 51-53

Akhbar, majalah dan novel telah memainkan peranan penting dalam melahirkan semangat  kebangsaan..............................

Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar ialah......... (ms51)....

Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah ialah....... (ms52).....  

Antara tema yang
dibangkitkan oleh novel ialah.......(ms53).........

Kerelevenan/kesesuaian akhbar dan majalah masa kini

Sesuai....
Kerana akhbar dan majalah murah, senang didapati di pasaran, mengandungi maklumat yang lengkap merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Tidak memerlukan wifi atau capaian internet. Generasi tua suka membaca akhbar. Isu-isu yang terkini yang dipaparkan adalah sahih dan boleh dipercayai. Maklumat yang tepat dan mudah difahami.

Tak sesuai....
Kerana sebilangan masyarakat hari ini lebih suka menggunakan media sosial dan alam maya untuk mendapatkan maklumat. Akhbar dan majalah tidak
menarik perhatian terutamanya remaja. Maklumat mudah disebarkan dengan cepat melalui media sosial.


Bukti tokoh tempatan berani menentang penjajah
a) Di Naning; Penghulu Dol Said menentang British di Melaka kerana Arahan pihak British agar membayar cukai satu persepuluh drpd hasil Naning kpd British di Melaka. 

b) Di Sarawak; Linggi, Rentap, Syarif Mansor & Dato’ Patinggi Abdul Gapur menentang kerana Tindakan James Brooke meluaskan kuasa di Sarawak, tanggapan bahawa orang Iban adalah lanun dan pembesar tempatan hilang kuasa memungut cukai dan kuasa pentadbir.  
c) Di Sabah; Mat Salleh & Antanom menentang kerana  SBUB tidak menghormati kedudukan Mat Saleh sebagai pembesar Tambunan dan Sg Sugut. Penguasa SBUB terhadap kawasan Mat Saleh. SBUB memungkiri janji untuk menyerahkan kuasa mentadbir Tambunan kpd Mat Saleh. 
d) Di Perak; Dato Maharaja Lela menentang keranaTindakan J.W.W Birch menghapuskan amalan ornag suruhan di Perak telah menyebabkan beliau menemui ajal di tangan penduduk tempatan
e) Di Negeri Sembilan; Yam Tam Antah, Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal menentang kemasukan British di Sg. Ujong. 
f) Di Pahang; Dato’Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah menentang kerana pengenalan undang2 British,  Sistem kehakiman baru, Sistem cukai dan pungutan hasil tanah, dan Pembinaan balai polis di Lubuk Terua 
g) Di Kelantan; Tok Janggut menentang kerana British memaksa penduduk tempatan menerima sistem cukai tranag dan cukai tanaman. Pembayaran cukai di pejabat daerah dibuat pada waktu pejabat yang menyusahkan penduduk tempatan kerana terpaksa meninggalkan pekerjaan harian. Penduduk yg gagal memebayar cukai akan didenda atau disaman.
h) Di Terengganu; Haji Abdul Rahman Limbong menentang kerana Pelaksanaa sistem cukai baru yg bertentangan dengan amalan tradisi penduduk tempatan. Pengenalan undang2 tanah yg menyekat kebebasan memburu, memiliki tnh dan mengambil hasil hutan.

Cabaran dalam mengekalkan keamanan Malaysia
Ø  Cabaran
1.    Ancaman Dalaman
  • Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
  • Kumpulan militant atau puak ekstremis.
  • Kegiatan jenayah.
  • Kebanjiran pendatang asing.
  • Kegiatan rasuah.
  • Pemalsuan dokumen.
  • Penyalahgunaan teknologi.
2.    Ancaman Luaran
  • Kegiatan lanun di perairan negara.
  • Kekacauan politik.
  • Pengaruh budaya barat.
  • Masalah alam sekitar.
  • Serangan mata wang.
  • Serangan penyakit-penyakit kritikal.
  • Jenayah siber atau bahan-bahan porno.

Ø  Penyelesaian
*    Memastikan hubungan baik dengan semua negara.
*    Menjamin keselamatan rakyat
*    Menjamin keamanan negara
*    Memelihara kepentingan nasional
*    Mengekalkan kedaulatan negara
*    Menggalakkan pembangunan ekonomi
*    Menggalakan kemajuan ekonomi
*    Mewujudkan rasa cinta kepada negara
*    Mengukuhkan kesetiaan kepada raja dan negara
*    Mengamalkan sikap terbuka
*    Mengekalkan hubungan diplomatik
*    Mewujudkan perpaduan rakyat
*    Mewujudkan kerjasama politik, ekonomi, sosial
*    Memelihara sistem perundangan
*    Menghormati perlembagaan negara
*    Mengelakkan perlumbaan senjata
*    Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali
*    Mewujudkan zon bebas nuklear
*    Mewujudkan sistem pentadbiran mantap
*    Mengekang budaya negatif
*    Mengekang demonstrasi jalanan
*    Memupuk kesejahteraan sejagat
*    Menjalin hubungan dengan negara maju

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British (KBKK)
Sekiranya anda sebagai seorang pejuang menentang penjajahan british pada ketika itu,
bagaimanakah anda menentang kuasa asing
tersebut?

Saya akan menubuhkan persatuan. Menyatu-
padukan masyarakat dan rakyat. Mematuhi undang-undang. Tidak mempercayai kuasa asing. Bersikap terbuka. Bermuafakat. Tidak terpengaruh dengan orang luar. Sentiasa memberi sokongan kepada pemimpin tempatan. Berani mati. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Memupuk semangat nasionalisme di dalam akhbar, majalah dan novel. Menyeru masyarakat mengkritik British dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Kejayaan Malaysia dalam membentuk semangat Kebangsaan (KBKK)
Kejayaan Malaysia dalam membentuk semangat Kebangsaan rakyat negara ini adalah membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu, masyarakat yang berjiwa besar dan kental, masyarakat yang bertanggungjawab, masyarakat yang menghayati Rukun Negara, masyarakat yang mempertahankan hak bangsa, masyarakat yang taat kepada pemerintah, masyarakat yang setia kepada negara, masyarakat yang mengekalkan kedaulatan negara, dan masyarakat yang saling menghormati antara
satu sama lain serta masyarakat yang cintakan negara. Pengenalan Semangat 1 Malaysia, penggunaan Bahasa Kebangsaan, dan mewujudkan Kebudayaan Kebangsaaan. Menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Menganjurkan rumah terbuka. Akhir sekali, kita juga menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Cara-cara mengukuhkan semangat kebangsaan alaf 21

Cara-cara mengukuhkan semangat kebangsaan
rakyat negara ini dalam menghadapi cabaran abad ke 21, rakyat Malaysia hendaklah setia kepada negara, bersyukur dengan kemerdekaan,  menghormati lambang negara, sanggup berkorban untuk negara, menyanjung warisan bangsa, menjaga nama baik negara, menolak unsur rasuah, menghormati pemerintah, tolak ansur menghadapi konflik politik, bekerjasama dalam masyarakat, memupuk kasih sayang, menanam semangat patriotik dan kepimpinan yang bersikap adil. Rakyat juga perlu saling mempercayai dan saling menghormati bangsa, agama dan kebudayaan yang berbeza. 

Nilai-nilai murni/ikitibar/patriotism (KBKK)
Nilai-nilai murni/ikitibar/patriotism yang dapat dipelajari daripada gerakan penentangan pemimpin
tempatan terhadap British ialah kita hendaklah mempunyai sifat kental, berani, berjiwa besar,
amanah, bertanggungjawab, bekerjasama, patriotik, jujur, berkeyakinan, bersungguh-sungguh, taat, setia, adil, rasional, cintakan negara, dan ikhlas kepada negara, bangsa dan agama.

Rumusan/ Kesimpulan

Pengetahuan yang diperoleh ialah perjuangan tokoh-tokoh tempatan dalam mempertahankan negara ialah saya dapat mengetahui sebab-sebab dan peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British.
Iktibar kepada diri,bangsa dan Negara ialah kita hendaklah bersyukur kerana lahir di negara yang aman, makmur dan merdeka.

Harapan saya untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, maju, gemilang, terbilang, berjaya,  kekal aman, makmur, harmoni, dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment