Tuesday 5 August 2014

Kertas 3: Bab 9 tingkatan 4


Contoh Kertas 3

Topik: Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

1.       Pengenalan :
Jelaskan secara ringkas tentang
                                 i.            Revolusi Pertanian  –ms226
                           
2.       Huraikan Aspek-aspek Perkembangan
                                 i.            Revolusi Pertanian- ms227-229
                               ii.            Revolusi Perindustrian  –ms230-233
3.       Terangkan Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian  –ms234-236
4.    Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pertanian dan perindustrian antarabangsa
5.    Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian dan perindustrian antarabangsa
6.       Bagaimanakah sektor pertanian dan perindustrian dapat mensejahterakan kehidupan rakyat di Malaysia
7.       Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin kestabilan ekonomi negara. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas 
8.       Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara.
9.    Rumusan:
                      i.        Pengetahuan yang diperoleh
                     ii.         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
                    iii.        Harapan untuk masa depan 

Cadangan Jawapan

1.    Pengenalan
Jelaskan secara ringkas tentang Revolusi Pertanian

·          Suatu perubahan besar yng berlaku secara mendadak
·          Berlaku secar menyeluruh
·          Beraku dalam bidang politik, sosial dn ekonomi
·          Memakan masa yang agak lama
·          Secara berterusan
·          Tidak berlaku secara mendadak dalam sehari dua atau sebulan
·          Menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian

2.    Aspek-aspek perkembangan revolusi pertanian

Terangkan aspek-aspek yang telah membawa kepada berlakunya perkembangan revolusi pertanian di Eropah

·         Pemilikan Tanah Persendirian
§  Sistem pemilikan tanah persendirian
§  Sistem pemilikan tanah awam
§  Dipunyai oleh golongan kaya
§  Dimiliki oleh orang perseorangan
§  Digunakan untuk berucuk tanam secara kecil-kecilan
§  Memelihara ternakan
§  Memburu binatang
§  Memancing
§  Untuk menampung kehidupan harian
§  Memanfaatkan tanah awam untuk tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran
§  Tuan tanah memagari tanah awam
§  Akta Pemagaran Tanah dikuatkuasakan
§  Tersedia kawasan lebih uas untuk penanaman
§  Rakyat biasa kehilangan punca rezeki
§  Petani kecil-kecilan menjadi buruh ladang
§  Berhijrah ke bandar
§  Menjadi buruh kilang

·         Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian
§  Sistem penggiliran tanaman oleh Lord Townshend
§  Digunakan secara berterusan sepanjang tahun
§  Menanam jenis tanaman berbeza mengikut musim
§  Menggunakan nutrien tanah berbeza, tanaman dapat tumbuh dengan subur
§  Tanaman baru diperkenalkan
§  Seperti semanggi/clover/turnip/ubi kentang
§  Alatan baru dicipta/Jethro Tull
§  untuk menggali dan menugal
§  dilakukan dengan lebih pantas

·         Pertanian komerial
§  Baja asli mula digunakan
§  Tanaman lebih subur
§  Hasil pertanian bertambah
§  Peningkatan kualiti hasil pertanian
§  Lebihan produk diperdagangkan

3.    Kesan revolusi pertanian
Bincangkan kesan revolusi pertanian di Eropah

·          Sebagai puna ekonomi negara
·          Dikomersilkan
·          Lebihan produk pertanian dieksport
·          Peladang menjadi pedagang antarabangsa
·          Menyediakan makanan yang cukup
·          Tenaga buruh banyak
·          Tuan tanah menjadi penguasaha ladang
·          Peningkatan perdagangan antarabangsa/tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam negara
·          Keuntungan dimaksimumkan
·          Kemajuan bidang pengangkutan
·          Rekaan enjin berkuasa wap
·          Penggunaan keretapi
·          Kemunculan golongan buruh dan majikan
·          Muncul sistem ekonomi berskala besar
·          Buruh tidak mendapat layanan baik

4.    Langkah-langkah ke arah matlamat Malaysia sebagai pusat pertanian / perindustrian antarabangsa

Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pertanian dan perindustrian antarabangsa
·         menguasai ilmu pertanian/perindustrian
·         menguasai kemahiran bertani/industri
·         menjamin keamanan
·         mengekalkan perpaduan kaum
·         mengamalkan sikap kreatif dan inovatif dalam pertanian/perindustrian
·         mengalakkan pelaburan asing
·         menaik taraf infranstrutur
·         menambah tenaga mahir
·         meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
·         mengurangkan karenah birokrasi
·         memberikan bantuan modal
·         mencari pasaran baru
·         melakukan penyelidikan
·         mempelbagaikan produk pertanian/perindustrian
·         memberi kursus berkaitan kpd golongan petani/pekerja industri
·         menggunakan teknologi moden

5.            Kejayaan Malaysia dalam sektor pertanian antarabangsa

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian antarabangsa

·         Pengeluar komoditi utama dunia contohnya koko/getah/kelapa sawit)
·         Penggunaan Bioteknologi
·         menjadikan pertanian satu industri
·         menjadi pusat pengeluaran herba
·         peranan agensi penyelidikan seperti RISDA,MARDI
·         Wujudnya pengurusan pertanian seperti FAMA, FELDA, FELCRA
·         penggunaan teknologi dalam pertanian contohnya Hydrophonic/petigasi gantung/baja
·         pasaran luas di peringkat antarabangsa
·         pelopor hab halal
·         mendapat keuntungan drpd sektor pertanian

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor perindustrian antarabangsa

·         Menceburi industri berat contohnya HICOM
·         Menceburi pembuatan automobil contohnya Proton dan Perodua
·         Menceburi pembuatan elektonik
·         Menceburi industri perlombongan bijih timah/besi
·         Menceburi bidang cari gali petroleum/ gas asli
·         Mempunyai industri pelancongan
·         Menjadikan pertanian sebagai perindustrian
·         Menyediakan zon perdagangan bebas
·         Koridor raya multimedia
·         Industri perkapalan
·         Industri ringan
·         Industri desa

6. Bagaimanakah sektor pertanian dan perindustrian dapat mensejahterakan rakyat Malaysia

·         Rakyat dapat hidup dengan selesa
·         Segala keperluan rakyat akan mudah diperolehi
·         Bekalan makanan dan barangan yang mencukupi
·         Rakyat tidak perlu bergantung dengan produk luar negara
·         Meningkatkan taraf hidup rakyat
·         Rakyat mendapat peluang pekerjaan
·         Rakyat dapat hidup dalam ekonomi yang makmur
·         Peluang ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian dikongsi dan dimanfaatkan bersama
·         Rakyat mempunyai banyak peluang membuat pilihan
·         Menjadikan rakyat Malaysia insan yang sentiasa bersyukur

5.    Cabaran dan langkah menghadapi cabaran di abad ke-21

-      Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin kestabilan ekonomi negara (5M)

Dari segi kewangan, kita
- kekurangan modal.
-nilai mata wang turun naik

Pelaburan
-Kejatuhan pasaran saham
-Masalah menarik pelabur asing

Dari segi teknologi masih rendah
-Bergantung kepada teknologi luar

Globalisasi
-Persaingan dengan negara maju
-Pengiktirafan oleh negara-negara maju

Pasaran
- Kesukaran menembusi pasaran antarabangsa
-Pasaran terhad
-Tekanan negara maju

Tenaga kerja
-Kekurangan pekerja mahir
-Bergantung kepada negara luar
Ramai tenaga mahir berkhidmat di negara luar

        Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)

-Penguasaan ilmu pengetahuan
-Menguasai ICT
-Penyelidikan dan pembangunan R&D
-Mengukuhkan sistem kewangan
-Meningkatkan kualiti barangan
-Mencari pasaran baru
-E-dagang
-promosi
-modal insan

6.    Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perkembangan ekonomi negara

Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara

-Bekerjasama untuk membangunkan negara
-mengamalkan perpaduan dalam organisasi
-kegigihan/kesungguhan bekerja
-menanamkan jati diri dan semangat cintakan negara
-kebijaksanaan pemimpin
-mengamalkan sikap berdaya saing
-pembangunan dan penyelidikan
-penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
-penguasaan pelbagai kemahiran
-memanfaatkan sumber
-bijak mengambil peluang
-bersyukur dengan kemakmuran ekonomi negara
7.    Rumusan

-     -pengetahuan yang diperoleh
-Iktibar kepada diri bangsa dan negara
-Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang


Bahan ini sekadar cadangan jawapan, pelajar juga boleh membuat rujukan yang lain atau menambah idea sendiri. perbincangan dengan guru dan rakan-rakan adalah digalakkan. Di bawah ini adalah blog yang sempat cikgu rujuk. semoga berjaya!

Pelajar juga boleh rujuk link di bawah:

3 comments: